Selamat Datang
ke
Konvensyen
Tanah Rizab Melayu
ANJURAN :
KURSI RAJA-RAJA MELAYU UiTM
BERSAMA
PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN HARTANAH
FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR
UiTM SHAH ALAM
Pengenalan
Tanah Rizab Melayu (TRM) merupakan satu pusaka milik bangsa Melayu yang telah diwujudkan secara formal sejak era penjajahan British di Tanah Melayu. Setelah lebih 100 tahun kewujudan undang-undang Rizab Melayu, keluasan keseluruhan TRM masih tidak mencapai nisbah 50% sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Raja-Raja Melayu pada tahun 1957 dan dapat dilihat bahawa, saiz tanah tersebut tidak bertambah tetapi sebaliknya semakin menyusut sehingga kurang daripada 30%. Oleh itu, bagi melihat apakah reaksi dan keadaan semasa TRM di Semenanjung Malaysia, maka Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Kursi Institusi Raja – Raja Melayu UiTM mengadakan satu konvensyen TRM bagi mengumpul para ilmuwan dan pakar yang memiliki pengalaman untu membincangkan dan merungkai isu dan cabaran dihadapi oleh TRM selari dengan perkembangan ekonomi semasa untuk kepentingan sejagat.
​
Konvensyen Tanah Rizab Melayu ini diadakan adalah untuk mengenali kepentingan dan sejarah pembentukan undang-undang TRM oleh penjajah British di Tanah Melayu dan mengetengahkan isu dan permasalahan TRM sejak dari awal pembentukkan perundangan tersebut sehingga kini. Selain itu, konvensyen ini juga merupakan sebuah platfom untuk berkongsi pandangan kaedah dan pendekatan yang sesuai dalam membangunkan TRM dalam menghadapi cabaran pembangunan pada masa kini dan akan datang serta menghayati kandungan wasiat raja-raja Melayu berkaitan TRM.
Program Konvensyen
TARIKH : 28 FEBRUARI 2019 ( KHAMIS )
TEMPAT : DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR (DATC), UiTM SHAH ALAM
MASA : 08.00 PAGI HINGGA 05.30 PETANG